dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pameran Hari Anugerah Kecemerlangan Smk Syed Saffi 2018

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 & 19 April 2018, telah berlangsung Pameran Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Syed Saffi. Program ini diadakan di SMK Syed Saffi Simpang Empat Perlis. Program ini berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pusat Internet 1 Malaysia Perlis bawah seliaan Maxis telah mengambil inisiatif ini untuk mengadakan Pameran Klik Dengan Bijak serta menyediakan beberapa permainan dan kuiz yang menarik kepada semua yang datang ke program tersebut. Program ini juga turut disertai oleh pelbagai agensi lain.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan oleh PI seperti Pameran Advokasi, Tuju-tuju KDB, Crossword, Stick Puzzle dan E-Waste. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.